
::: Pewakafan Rumah dan tanah di Kota Tinggi :::
Alhamdulillah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Bahagian wakaf Daerah Kota Tinggi telah menerima wakaf rumah dan sebidang tanah daripada Hj Abdul Ghafar bin Ahmad bertempat di Taman Saujana, Kota Tinggi untuk kebajikan am di Kota tinggi dan umat Islam seluruhnya. Mari kita sama-sama mendoakan agar tuan haji Abdul Ghafar bin Ahmad sekeluarga, semoga Allah memberi ganjaran kepadanya pada harta yang beliau infaqkan dan menjadi kesucian pada baki harta yang ada padanya, amin amin ya rabbal alamin.


