
Tujuan :
Projek ini dibangunkan adalah untuk menampung keperluan sekolah agama yang semakin bertambah pada setiap tahun. Pada masa ini, hanya 552 buah sekolah agama diseluruh negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, hanya 384 buah sekolah agama sahaja yang mempunyai bangunan sendiri manakala selebihnya menumpang di bangunan sekolah-sekolah rendah kebangsaan atau balai-balai raya. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Kerajaan Negeri Johor dan MAINJ telah mengambil pendekatan untuk membangunkan sebanyak 121 buah sekolah agama di seluruh negeri Johor yang akan dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, kantin, ruang pejabat, dan bilik kebal.
Kos :
Kos bagi pembinaan projek ini ialah sebanyak RM 163,251,274 (Satu Ratus Enam Puluh Tiga Juta Dua Ratus Lima Puluh Satu Ribu Dua Ratus Tujuh Puluh Empat). 30% daripada kos keseluruhan bagi pembinaan projek tersebut akan ditampung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor manakala 70% daripada kos tersebut ditampung oleh Kerajaan Negeri Johor.