• Wakaf Bangunan Asrama Di Mesir

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Saham,Wakaf Johor

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf bangunan Perniagaan

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Pokok Kelapa Sawit

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Mushaf Al-Quran

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Darul Furqan

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Sekolah Agama

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Mesin Dialisis

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Asrama Jordan

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Pembelian 1 Lot Rumah Di Eden Street Australia

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Pembelian Tapak Tambahan di Kg Sri Gunung Pulai

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Masjid di Kemboja

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Projek Pembinaan Semula Masjid As-Syafie di Gaza

    - Masih Dalam Kutipan -

 
                     
Soalan Lazim / FAQ
Jika saya menjumpai duit bernila RM100, bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?
Tidak boleh, kerana bukan sempurna milik.
 
BIL SOALAN DAN JAWAPAN
1. Adakah Saham Wakaf Johor (SWJ) berbentuk bayaran bulanan atau sekali pembelian?
SWJ adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa halangan dari segi waktu dan tempoh.
 
2. Bolehkah SWJ dinamakan atas nama orang yang sudah meninggal?
Boleh. Namun pendaftaran haruslah didaftarkan atas nama wakil yang masih hidup.
 
3. Bolehkah SWJ di bank-in kan terus ke akaun SWJ?
Tidak boleh, kerana kami menggunakan kaedah FPX.
 
4. Adakah terdapat kemudahan potongan gaji?
Tiada
 
5. Bagaimana sekiranya terlupa katalaluan?
Tuan /Puan hendaklah menghantar maklumat kepada kami menerusi emel berserta nombor kad pengenalan atau menghubungi terus ke Pejabat Wakaf.
 
6. Adakah dengan berwakaf, dibolehkan membuat potongan cukai?
Boleh. Berdasarkan Pengecualian Cukai Pendapatan Sub-Syeksyen 44(6) di borang B dan BE diruang sumbangan.
 
7. Adakah dibolehkan berwakaf dengan menggunakan nama syarikat?
Boleh, dengan mendaftarkan nama syarikat sebagai pewakaf dan no. pendaftaran syarikat sebagai nombor kad pengenalan.
 
8. Apakah ada kaedah berwakaf selain menerusi online?
Ada. Antaranya adalah seperti berikut :
i) Boleh membeli SWJ di semua bank BSN.
ii) Berwakaf dengan cara wang pos.
iii) Terus poskan wang ke alamat Pejabat Wakaf.
iv) Di semua kauter-kaunter bergerak SWJ yang di war-warkan menerusi Facebook & Tweeter.
v) Di semua Kaunter Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
 
 
 
 
9. Bagaimanakah cara bagi pewakaf yang berada di luar Negeri Johor untuk berwakaf secara bulanan?
Melalui kaedah FPX atau atau mana-mana cara seperti dinombor 8.
 
10. Apakah itu kaedah FPX?
FPX merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuuruskan oleh Malaysia Elektronik Payment Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment)
 
 
 
11. Apakah jenis bank yang menyertai FPX ini?
Sebanyak 6 buah bank utama yang menyertai perlaksanaan FPX iaitu :
i)   CIMB Bank
ii)  Malayan Banking Berhad ( Maybank)
iii) Public Bank Berhad
iv) Bank Islam Malaysia
v)  Hong Leong Bank
vi) Deutsche Bank AG
 
 
 
 
 
 
12. Bagaimana transaksi FPX ini beroperasi?
Bagi pembelian SWJ, tuan/puan hanya perlu melayari laman www.e-wakafjohor.gov.my dan klik pada pembelian secara FPX. Namun pihak tuan/puan perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank terlibat sebelum meneruskan pembelian. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja dan pembelian SWJ berjaya.
 
 
13. Adakah pembelian secara FPX akan dikenakan cas tambahan?
Tidak. Pembayaran tidak akan dikenakan cas tambahan.
 
14. Berapakah nilai had minimum untuk pembelian SWJ?
Had minimum untuk SWJ adalah RM10.
 
15. Apakah bukti pembelian saham wakaf sekiranya berwakaf secara ONLINE?
Ada. Pembeli akan menerima resit rasmi yang akan dipos dalam masa 14 hari bekerja ke alamat yang telah didaftarkan dalam sistem e-wakafjohor.
 
 
16. Apakah nama butiran yang perlu dinyatakan sekiranya berwakaf melalui cek atau wang pos?
Pembeli perlu menulis Saham Wakaf Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
17. Bagaimana sekiranya nama yang didaftarkan, dimaklumkan bahawa telah ada rekod berdaftar?
Pihak tuan/puan boleh terus membuat aduan melalui telefon dengan menghubungi pejabat wakaf @ menerusi e-mail.
 
18. Adakah sampai niat sedekah pahala kepada si mati / arwah?
Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh disedekahkan pahalanya kepada si mati. Ia adalah amalan berikut :
i) Wakaf dan sepertinya
ii) Doa dan istigfar
iii) Apa-apa jenis ibadah yang boleh diwakilkan(seperti Haji)
Bertanya seorang sahabat kepada Rasullulah S.A.W, “Ya Rasullullah, ibuku telah meninggal dunia adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi menjawab “ya” ( Riwayat Abu Daud & Tirmizi)(Rujuk: Hasyiah Ibn’Abidin 1/605, Nihayatul Muhtaj 6/92)
 
 
 
 
 
 
19. Bolehkah saya mewakafkan duit saya tanpa saya perlu hadir ke pejabat tetapi melalui orang lain?
Boleh. tetapi mestilah berserta dengan maklumat yang lengkap bagi memudahkan pihak SWJ mengeluarkan resit untuk simpanan tuan/puan untuk diberi atau di pos.
 
 
20. Berapa lamakah resit akan sampai ke rumah selepas saya berwakaf?
Resit rasmi akan dihantar melalui pos dalam tempoh masa anggaran 1 minggu.
 
 
21. Jika saya menjumpai duit bernila RM100, bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?
Tidak boleh, kerana bukan sempurna milik.
 
 
22. Apakah syarat orang yang ingin berwakaf?
i. Baligh; ii. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya; iii. Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf; iv. Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa.
 
 
eskişehir escort ankara escort konya escort escort bayan bodrum escort ankara escort diyarbakır escort atakum escort
 
Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini8
Mingguan8
Bulanan1622
Keseluruhan573334

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.