• Wakaf Bangunan Asrama Di Mesir

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Saham,Wakaf Johor

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf bangunan Perniagaan

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Pokok Kelapa Sawit

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Mushaf Al-Quran

    - Selesai Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Darul Furqan

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Sekolah Agama

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Mesin Dialisis

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Bangunan Asrama Jordan

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Pembelian 1 Lot Rumah Di Eden Street Australia

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Pembelian Tapak Tambahan di Kg Sri Gunung Pulai

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Wakaf Masjid di Kemboja

    - Masih Dalam Kutipan -

  • Dana Wakaf Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

    -Masih Dalam Kutipan -

e-Wakaf Johor
Projek Bangunan Darul Furqan

 

 

KETERANGAN

      Wakaf pembinaan Bangunan Darul Furqan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan pusat pengajian ilmiah dan pembelajaran ilmu agama kepada masyarakat Islam seperti mempelajari ilmu al-quran, tahfiz al-Quran, tajwid, taranum, pengajian bahasa arab, kelas bimbingan, kuliah tafaqquh, tuisyen akademik dan sebagainya.

Selain itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam usaha untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk bersama-sama mendalami ilmu agama, memperluaskan fahaman dan penghayatan ajaran ilmu ke arah mencapai matlamat didunia dan di akhirat. Disamping itu juga, pusat ini berfungsi sebagai satu pusat pendidikan untuk melahirkan generasi al-Quran di negeri ini yang berlandaskan al-Quran dan al-hadith. Dengan keluasan tanah sebesar 493.962 meter persegi atau 0.1220 ekar, bangunan Darul Furqan ini dibina dengan ketinggian 5 tingkat berserta besmen dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kelas belajar, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik vip, ruang pejabat, dewan seminar dorm pelajar lelaki dan perempuan, surau, bilik mualim dan sebagainya.
 

KOS :

Kos bagi tujuan pembinaan ini dianggarkan berjumlah RM4,000,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Juta). Ini termasuk kelengkapan peralatan yang diperlukan sebagai sebuah pusat latihan ilmiah. Bangunan yang bakal dibina ini terletak di Jalan Masjid Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor.

Justeru, marilah kita bersama-sama mewakafkan bangunan Darul Furqan ini menerusi konsep Saham Wakaf bagi manfaat umat Islam di seluruh Malaysia.

 Daftar Sebagai Pewakaf

 
Selamat Datang Ke Laman Web e-Wakaf Majlis Agama Islam Johor
Malay Arabic English

Log Masuk



Waktu Solat

Jumlah Pelawat

Hari Ini117
Mingguan652
Bulanan2530
Keseluruhan561699

Facebook Kami

Atas dasar keselamatan, anda perlu aktifkan(log in) facebook anda terlebih dahulu untuk melihat wall post facebook kami. Terima Kasih.