 Pembelian bangunan ini adalah bertujuan untuk dijadikan asrama bagi pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar Mesir.
Bangunan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada 17 April 2010. Bangunan asrama pelajar Al-Azhar yang ke-2 ini merupakan bangunan setinggi 6 tingkat berkeluasan 300 meter yang telah diubahsuai dan boleh menampung seramai 80 orang pelajar.
Bangunan asrama ini lengkap dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang belajar dan muzakarah, pejabat persatuan pelajar, rumah kediaman pegawai kebajikan pelajar dan bilik tidur.
Kos keseluruhan bagi projek ini adalah sebanyak RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Juta) sahaja. Lokasi bangunan asrama ini terletak di No.53 Mohamed Masdur Street, El-Hayyu Al-Awwal, Madinat Nasr, Kaherah Mesir.
Sehubungan dengan itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor mempelawa seluruh umat Islam untuk mewakafkan bangunan ini menerusi konsep Saham Wakaf dengan nilai minima RM10.00 seunit. Semoga projek ini akan menjadi mercu perpaduan ummah. |