ID PENGGUNA
KATALALUAN
Laman Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor
Senarai BANK FPX
Konsep Wakaf Tunai
 

KONSEP WAKAF TUNAI

Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah.

Para ulama di zaman silam telah menggunakan istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad--dananir iaitu wakaf menggunakan wang dirham atau dinar dalam kehidupan mereka.

Secara umumnya wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana dari kalangan umat islam yang kemudianya dapat dimanfaatkan bagi kepentingan pembangunan dan kebajikan ummah.

FATWA PERLAKSANAAN WAKAF TUNAI

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam

Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadith, telah memfatwakan bahawa berwakaf dalam bentuk dinar dan dirham adalah diharuskan bagi tujuan berdakwah, kebajikan ummah dan pendidikan umat islam.

KEJAYAAN KONSEP WAKAF TUNAI

Menurut catatan sejarah, Empayar Uthmaniyah di Turki mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.

Konsep saham wakaf juga dikategorikan sebagai wakaf tunai dan telah lama dipraktiskan di negeri ini.

 
     
SENARAI BERITA SAHAM WAKAF
 
 
Hakcipta Terpelihara E-Wakaf© 2009-2014.
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Oleh ZNN