Saham Wakaf Johor diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam di negeri ini khususnya untuk mengamalkan ibadah berwakaf.
Ia juga merupakan satu skim yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai RM 10 seunit untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim )
Kebiasaannya orang yang kaya dan berkemampuan sahaja berpeluang untuk mewakafkan harta mereka tetapi dengan adanya skim "Saham Wakaf" ini golongan umat Islam berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf untuk mendapat keredaan ALLAH s.w.t mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.
Wakaf berasal dari bahasa arab yang membawa maksud HABS (menahan) dan MAN’U (menegah/membeku)
Dari segi syara’ - Menahan harta dan memberikan manfaatnya ke jalan Allah - Syed Sabiq
Wakaf itu ialah pemberian yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh Tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut hukum syara’ semata-mata kerana Allah selama-lamanya.
Wakaf terbahagi kepada 2:
Ditubuhkan pada tahun 1313 H bersamaan 1895 M. Peringkat awal dikelolakan oleh Yang DiPertua Jabatan Agama Johor. Diletak di bawah MAINJ dengan kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 1978 / 2003.