Aktiviti Pembangunan
Hasil dari perlaksanaan Saham Wakaf Johor sebelum ini, Majlis Agama Islam Negeri JOhor telah berjaya membangunkan sosio-ekonomi umat Islam di Negeri ini yang bertepatan dengan kehendak syarak antaranya:
- Membina sebuah bangunan setinggi 6 tingkat di Batu 6 1/2 Tampoi dengan kos RM 4.99 juta yang dimanfaatkan sebagai Pusat Latihan dan Dakwah Saudara Batu serta ruang niaga yang disewakan kepada mereka yang berminat. Hasil sewan dimasukan ke dalam Tabung Wakaf Negeri Johor.
- Projek Usahasama antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dalam membangunkan ladang kelapa sawit seluas 3900 ekar di Mersing yang dikenali Ladang Wakaf Johor.
- Bantuan Karpet dan pembesar suara serta bantuan lain yang sewajarnya di masjid-masjid dan surau di seluruh Negeri Johor.
- Bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama Negeri Johor dan Rumah Anak-anak Yatim serta bantuan-bantuan lain kepada mereka yang memerlukan.
Harta Wakaf

Premis-premis wakaf dan baitulmal milik MAIJ.

Wakaf AM - Rumah anak yatim Johor Bahru

Tanah yang disewakan kepada syarikat dan individu sebagai contoh tanah Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang disewakan kepada syarikat untuk dijadikat tempat meletak kereta proton.

Tapak wakaf AM yang disewakan kepada Nurseri Tumbuhan |