ID PENGGUNA
KATALALUAN
Laman Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor
Senarai BANK FPX
Hadis Sahih
MAIJ MENYERU ORANG RAMAI MEWAKAFKAN HARTA UNTUK PROGRAM WAKAF DI BAWAH
 


Wakaf Bangunan Asrama Pelajar Universiti Al-Azhar.

SEMUA UNIT DIWAKAFKAN
 
     
PENGUMUMAN
 
Fatwa Kebenaran Saham Wakaf dan Kad Kredit

Pembelian Saham Wakaf menggunakan medium pembayaran kad kredit telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor. Sila klik untuk salinan pengesahan Fatwa tersebut.

 

Seminar Makanan Halal

Temui kami di Road Tour Seminar Halal Malaysia bertempat di Terengganu Trade Centre pada 20 hingga 21 November 2011 dan di Dewan Saadah MUIS Kota Kinabalu Sabah pada 24 November 2011. Datanglah beramai-ramai ke tapak pemeran kami untuk membeli saham wakaf.

 

Perkhidmatan Pembayaran Kad Kredit

Assalamualaikum W.B.T

Perkhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit telah diaktifkan. Pembayaran menggunakan kad kredit akan dicaj 1.8% dari jumlah transaksi. Oleh itu caj 18sen akan dikenakan bagi setiap RM10 (1 Unit). Pihak kami mengalukan-alukan maklum balas sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan.

 



 
     
KELEBIHAN SAHAM WAKAF
 

Saham Wakaf diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam untuk mengamalkan ibadah berwakaf. Merupakan satu skim saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai minimum RM 10 seunit  untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.

Skim ini dilancarkan berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (WAKAF), ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Hadis Riwayat Muslim )

Dengan skim ini berwakaf tidak hanya dilakukan oleh individu tertentu yang mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah wakaf dengan nilai RM10 bagi satu unit saham.

Antara kelebihan membeli saham wakaf melalui e-wakafjohor.gov.my:

  1. Nilai minimum RM10 seunit.
  2. Saham boleh dibeli untuk diri sendiri, untuk keluarga, saudara mara atau individu yang telah meninggal dunia.
  3. Kemudahan pembayaran yang berintegrasi dengan kebanyakkan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
  4. Pewakaf mempunyai akaun di e-wakafjohor.gov.my untuk melihat jumlah saham yang telah dibeli dan pewakaf juga boleh menambah jumlah saham yang dibeli menggunakan akaun yang sama di semua kaunter Pejabat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  5. Resit dah Hujah Wakaf akan diposkan ke alamat yang didaftarkan dalam tempoh 3 hingga 7 hari waktu bekerja.
  6. Resit Saham Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah sah untuk pelepasan cukai pendapatan. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN (no.Rujukan: JHDN.01/35/42/51/179-93-97).
  7. Insya'ALLAH akan mendapat RAHMAT ALLAH S.W.T.
 
     
SENARAI BERITA SAHAM WAKAF
 
 
Hakcipta Terpelihara E-Wakaf© 2009-2012.
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Direka & Dibangunkan Oleh ZNN